Welcome to SMJK Katholik
Achievements
成就
Events
事件
School Announcements
公告
Photo Gallery
照片库
 

Request from the Resident's Association Section 10, parents are reminded to park their cars in the free car park provided by the MBPJ to avoid traffic congestion along Jalan 10/3 and Jalan 10/4 

Peringatan mesra kepada semua ibubapa yg masuk ke kawasan sekolah untuk urusan rasmi atau peribadi 

Sila menjaga etika pakaian apabila masuk ke kawasan sekolah

Dilarang sama sekali
1. pakai pakaian yg menjolok mata 
2. pakai selipar
3. pakai seluar pendek

Harap kerjasama penuh daripada semua. 

Terima kasih.





Ibu Bapa boleh membuat semakan kehadiran anaknya di sekolah melalui link ini:

https://public.moe.gov.my

Manual Pengguna Semakan Kehadiran:

MANUAL PENGGUNA SEMAKAN KEHADIRAN


--------------------------------
最新消息

Dengan ini dimaklumkan bahawa acara Merentas Desa 2023 yang kita rancang DITANGGUHKAN SERTA MERTA.

Terima kasih.

#Jaga Kesihatan
#Kita Jaga Kita
#MalaysiaMadani


最新校内新闻

公教中学平均分达2.03八打灵县主区成绩最好学校

Chinapress.com.my

Orientaldaily.com.my






Welcome to the SMJK KATHOLIK, Petaling Jaya Official website! This website is designed to provide information on the school, curriculum, co-curriculum and facilities. It acts as a portal to information on a whole range of school activities and events as well as provides links to additional related sites.

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik is a missionary secondary school located along Jalan Gasing in Selangor.    The school is widely known as CHSPJ. SMJK Katholik is famous for its high academic achievements, sports and other activities.

心 教 育,认 识 公

欢迎浏览八 打灵公教国民型中学官方网站为了提供一个 交流平台予家长、教师、学生以及公众人士,所有人都可通过本网站了解学校的软硬体设施、学术与课外活动表现及校园的动态信息。

打灵公教国 民型中学(简称:公中
位于雪州八 打灵再也的加星路。公中是 一所由天主 教会创办的学府,创校至今已 有65周年历史, 为国家培育了无数人 才。 无论在学术或课外活动表现上,它 皆有优异的成绩,深受各方称道。

----------------------------------------------------------------------------------------

校长的话

Sebagaimana berita yang dikhabarkan sebelum ini,  8 Jun pada tahun ini menjadi tarikh keramat buat para pelajar SPM 2022 dan warga sekolah kerana pada hari ini, segala usaha yang dicurahkan sepanjang sesi persekolahan selama lima tahun ini bakal menampakkan hasilnya.  Tanda tanya berkaitan keputusan SPM bakal dinoktahkan. Lebih istimewa lagi, pada tahun ini pihak sekolah dikunjungi oleh YB Timbalan Menteri Pendidikan sendiri untuk mengumumkan keputusan SPM tersebut.

Untuk makluman semua, para pelajar yang telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2022 adalah seramai 579 orang.  Syabas dan tahniah kepada semua pelajar.  Tidak dinafikan bahawa kita amat mengharapkan semua pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang namun tidak semua yang kita harapkan mengikut naluri dan kehendak kita sendiri.  Ini merupakan hakikat yang perlu kita terima. Oleh hal yang demikian, saya amat berharap agar semua pelajar dapat menerima keputusan ini dengan hati terbuka. 

Buat mereka yang memperoleh keputusan cemerlang, jadikanlah pencapaian ini sebagai pembakar semangat untuk mendorong anda lebih berjaya semasa berada di kolej atau universiti nanti. Buat yang kurang beruntung, ini bukanlah penamat kehidupan anda.  Setiap orang memiliki masa puncaknya yang tersendiri.  Teruskan berusaha kerana orang yang berusaha pasti berjaya.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua guru SMJK Katholik yang telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk mendidik pewaris negara kita ini.  Tidak dilupakan juga kepada PIBG,  Lembaga Pengelola Sekolah, Marist Brothers dan Persatuan Alumni yang sentiasa menyokong setiap usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam memastikan SMJK Katholik dapat mengekalkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang.  Akhir sekali buat para ibu bapa yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mendidik anak mereka, terima kasih dan tahniah juga saya ucapkan.

 
Saya amat berharap agar kerjasama yang telah sedia terjalin akan menjadi lebih akrab dan kita sama-sama dapat berganding bahu untuk memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita.  Akhir kata, tahniah sekali lagi dan semoga pencapaian cemerlang ini akan berterusan untuk tahun-tahun yang mendatang.

Sekian, terima kasih.

#MalaysiaMadani

Pengetua