Welcome to SMJK Katholik
Achievements
成就
Events
事件
School Announcements
公告
Photo Gallery
照片库
 
   
     
PERUTUSAN PENGETUA -  2023
  

  

2023新的学期,新的开始,新的梦想。2023告别了对疫情的各种标准作业 程序,告别了不休止的核酸检测和反反复复的居家隔离。由于2022校方已经把教学重心转回面对面教学,校园逐渐恢复热闹,师生们也逐步适应了与新冠病毒共存。

        迈入2023年,公教国民型华文中学办学已有67年历史,是卓越学校,办学方针明确,着重3个方向平衡发展。那就是学 业成绩卓越,课外活动活跃,人文素养具备。人文素养涵盖道德修养,尊师重道,长幼有序,负责任敢担当。为了让同学们了解德智体群美五育的重要,同时教导同 学们待人处事必须谦恭有礼,本校推行人文素养教学,以灌输优良儒家思想,改善校园纪律,提升良好阅读风气,塑造一个富有人文气息的校园。希望学生可以从中 受惠并提升个人修养,提高个人竞争力,进而惠及大众及国家。

在这个日日求新求变,凡事重业绩的竞争时代里,我本人更重视学校三观(世界观、价值观和人生观)的培养,这包括落实在学校的 各种制度文本和学校活动中的优良传统和价值。概括起来,我觉得有以下几点:对他人存在和价值的尊重、对学校荣誉的珍视、对学校规则的遵守和维护、对自我成 长和实现的热爱、对精致管理的追求等等。这些价值维系着学校的长远发展和利益,本校所有的成员都要倍加珍惜。

在此,我想给同学们提三个点:

第一、 学会感恩。学会感恩,就是要学会懂得尊重他人,对他人给予的援助常怀感激之心。学会感恩,就是要知道每个人都在享受着别人通 过付出,给自己带来的快乐与温暖。希望大家谨记哪有什么岁月静好,不过是有人替你负重前行, 且让我们感恩的种子在心深处萌芽、散发芬芳吧。

第二、 学会担当。学习需要责任感,生活也需要心怀大爱。学会担当要从身边小事做起,在别人的协助中感受爱,在援助别人时传递爱。我 希望大家心怀大爱,传递温暖,回馈社会。只有如此,世界才会有温度,生活才会更美好。至于承担责任,这也是一种承认错误,应对挫折与压力的勇气,应成为大 家的行为习惯:它无需豪言壮语,也不必惊天动地、轰轰烈烈,它就是做好自己每天该做的事,协助需要援助的人。

第三、 学会学习。青年学生正是处在长身体、学知识的阶段,正处于孔子所说的修身阶段。我们现在最大责任就是培养良好的道德品质,努力学好各门学问,用知识充实自己、提升竞争力。陆放翁诗云:少壮工夫老始 成,大家应该把学习当成一种习惯,因21世纪是一个必须不断学习、必须终身学习的时代。

后疫情时代的2023年乃是忙碌的一年。“单者易折,众则难摧”,我谨祈望全体八打灵公教华中成员,戮力一心,继续携手 并肩向前迈进,延续爱吾公教的精神。

“勇于进取,与时偕行;公中67,春华秋实。”

卓越校长

林佩谛博士


Salam sejahtera.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa institusi pendidikan sekolah hari ini berdepan dengan cabaran dan tanggungjawab yang amat besar untuk merealisasikan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang telah menjadi agenda penting negara untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Sistem ini tertumpu kepada pembangunan modal insan berminda kelas pertama yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi. Oleh sebab itu kita semua sebagai guru perlu memahami dan memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam melaksanakan akauntabiliti ke arah usaha meningkatkan kualiti pendidikan.

Peranan guru hari ini bukan lagi sebagai sumber pengetahuan kepada murid tetapi sebagai pemudah cara dalam PdPc, agen perubahan dan sumber inspirasi murid. Justeru guru perlu lebih berimpak dan inovatif supaya pengajaran dan pembelajaran (PdPc) yang dilaksanakan lebih efektif, menarik dan menyeronokkan. Pelaksanaan PAK21 dan PLC serta penerapan KBAT di dalam PdPc menjadi satu pendekatan yang sangat bertepatan pada masa dan keadaan sekarang.

Dalam mendepani cabaran yang ada, 7 TERAS UTAMA KPM telah digariskan. Tujuh teras ini merangkumi 3 elemen utama yang ingin kita berikan tumpuan, iaitu murid, guru dan infrastruktur yang menjadi inti pati utama landskap pendidikan di negara kita. Saya ingin menyeru agar kita semua kembali menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai asas pengukuhan tugas pendidikan di sekolah ini. Ini selari dengan aspirasi KPM dan martabat karamah insaniah dalam menitikberatkan pembangunan dan pembentukan murid beradab, berakhlak dan berintegriti bagi melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC). Sedemikian, saya harap kita lebih bersiap siaga, dinamik dan pragmatik dengan berpegang teguh kepada tujuh teras utama untuk memastikan pendidikan holistik di SMJK Katholik.

Akhir kata, saya mendoakan semoga warga SMJK Katholik akan bergerak secara proaktif, berfikir secara kreatif dan inovatif serta bertindak dengan komited dan penuh bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan sepanjang tahun 2023/2024 ini. Harapan saya agar kita semua warga SMJK Katholik dapat bekerja sebagai satu pasukan yang utuh demi mencapai kecemerlangan dalam semua bidang terutamanya aspek kemenjadian murid.

MURID TEKAD, GURU HEBAT, SEKOLAH MANTAP.

Sekian, terima kasih.

DR. MARGARET LIM PEI TEE, PPT.

PENGETUA CEMERLANG

SMJK KATHOLIK, PETALING JAYA