KHAS KEPADA PELAJAR SESI PETANG
Pelajar-pelajar
sesi petang yang menghadiri kelas komputer, latihan rumah sukan atau
aktiviti ko-kurikulum pada hari-hari persekolahan dan perlu keluar
kawasan sekolah pada waktu persekolahan pagi, perlu membuat permohonan
melalui pihak Lembaga Disiplin.
Borang kebenaran keluar sekolah selepas
aktiviti boleh dimuat turun
(download) dari laman web sekolah. Isi maklumat dalam borang dengan
jelas.
Borang mesti diisi dalam dua salinan.
Salinan asal untuk pelajar dan
satu lagi salinan (photocopy) untuk pihak sekolah.
Ibu bapa perlu datang ke sekolah untuk
tandatangan kedua-dua salinan
borang keluar di depan pentadbir sekolah atau guru disiplin
sekolah.
Gambar bersize passport pelajar adalah wajib. Pelajar mesti berpakaian
seragam kemas dan lencana sekolah.
Borang ini wajib dilengkapkan dengan gambar
pelajar berpakaian seragam
sekolah menengah siap dengan lencana sekolah. Gambar mesti berukuran
saiz passport
Masa berurusan
tentang borang kebenaran keluar ialah 12.00 pm hingga 6.00 pm, pada
hari persekolahan.
|